Tentang Kami

Pengenalan

Yayasan Persaudaraan Islam (YAPIS) adalah sebuah badan amal dan kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 2015 khusus untuk menyeru ke arah kerjasama dan perpaduan di kalangan umat Islam demi menyahut Seruan Firman Allh SWT “Dan berpeganglah kamu kepada tali (Agama Allah), dan janganlah kamu bercerai berai.”

Visi

YAPIS mendokong visi untuk membangun “Umat Muslim Bermuafakat dan Prihatin” yang saling bekerjasama ke arah kemajuan serta prihatin membantu golongan yang kurang bernasib baik.

 

MISI

Justeru, misi YAPIS adalah untuk mendokong dan menyokong segala usaha yang menyumbang ke arah kerjasama dan pemuafakatan di kalangan individu dan organisasi Islami ke arah memartabatkan Umat Islam sebagai “Ummatan Wasatan” serta “Khaira Ummah” yang memperoleh Hasanah Dunia dan Hasanah Akhirat.

Objektif

 

Menjunjung maksud Hadith Rasulullah SAW, YAPIS berusaha mencapai kemajuan dan kejayaan dengan mendokong dan melaksanakan objektif berikut:-

  • Mengajak Umat Muslim ke arah amalan ZASWAH (Zakat, Sedekah, Waqf dan Hibah) selaras dengan Firman Allah SWT di dalam Al-Quran bermaksud “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa saja yang kamu nafkahkan.

  • Menghayati maksud Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud “Demi dzat yang jiwaku ditanganNYA hendaknya engkau melakukan amar ma’aruf dan nahi munkar, atau jika tidak Allah SWT hampir mengirim azabnya, kemudian engkau berdoa tetapi tidak dikabulkan” (HR Al-Tirmidzi dan Ahmad)

  • Menjunjung maksud Firman Allah SWT di dalam Ayat AlQuran “Kalian wahai umat Muhammad, adalah umat terbaik yang dikeluarkan bagi manusia, selama kalian memegang prinsip amar ma’aruf, nahi munkar dan beriman kepada Allah SWT

 

Organisasi

Panel Penasihat
Panel Perunding
Lembaga Pemegang Amanah
Jawatankuasa Pengurusan Pusat
Biro Pembangunan Program
Biro Pengurusan Dana
Biro Promosi dan Penerangan
Biro Kajian dan Maklumat
Sekretariat Kebangsaan
Sekretariat Negeri
Sekretariat Daerah