html web page development software

Inisiatif Program

1. Program AMAL SELEBRITI


Program AMAL SELEBRITI fokus untuk memanfaatkan pengaruh selebriti dalam bidang keilmuan, kebudayaan, ekonomi dsbnya ke arah memajukan pelbagai skim, projek dan kempen untuk mengumpul derma dan menyumbangkan bantuan kepada umat Islam yang memerlukan. Kategori umat islam yang bakal dibantu termasuk:-

  • Anak Yatim
  • Pelajar Miskin
  • Pesakit kronik dan akut
  • Mangsa peperangan 
  • Mangsa konflik bersenjata
  • Ibu Tunggal
  • Institusi pendidikan

2. Inisiatif Tabung Jamiatul Khairiyah


  • Program ini menggalakkan pemuafakatan di kalangan pemikir, pakar teknologi digital dan aktivis masyarakat untuk membangunkan aplikasi digital, prasarana digital dan memajukan lain-lain agenda digital ke arah mempromosikan aktiviti amal makruf nahi munkar;

3.  Program KHAIRA UMMAH


  • Program ini disasarkan kepada warga muda yang belajar di tadika, sekolah, pusat tahfiz, pusat latihan, rumah anak yatim, kolej dan universiti. Ianya memperkenalkan komponen nilai tambah yang boleh membangunan warga Muda Muslim sebagai Khaira Ummah atau Ummah Terbaik.