best offline site design software download

Penggerak Tabung Amal Jariah YAPIS


YAPIS membantuk Tabung Amal Jariah YAPIS bagi membiayai program program yang bakal dimajukan. Anda dialu-alukan menjadi penggerak Tabung Amal Jariah YAPIS melalui pendekatan berikut:

1. Wakalah Kupon Amal YAPIS

Tidak berbeza daripada konsep Amil Zakat, Wakalah Kupon Amal YAPIS akan dilantik untuk membantu usaha mengutip derma menerusi Kupon Amal YAPIS. Individu dan syarikat adalah dialu-alukan berdaftar sebagai Wakalah Kupon Amal YAPIS.

2. Wakalah Amanah Saham Akhirat PLAJARY

Anda dialu-alukan mendaftar sebagai Wakil dakwah dan promosi Amanah Saham Akhirat PLAJARY (Program Ladang Amal Jariah YAPIS). Tugasan Wakalah Amanah Saham Akhirat adalah untuk menggalakkan sumbangan amal yang memberi impek berganda menerusi tajaan kos penanaman dan penjagaan pokok yang menghasilkan buah-buahan untuk dijual. Wang hasil jualan akan disumbangkan bagi tujuan amar makruf dan sebahagiannya dilabur untuk penanaman semula pokok-pokok yang mendatangkan nilai berganda bagi setiap sumbangan amal jariah pencarum Amanah Saham Akhirat PLAJARY.

3. Selebriti Untuk Amar Maaruf

Anda seorang selebriti yang ramai peminat dan pengikut di facebook, instagram, twitter, blog dan sebagainya? Anda dialu-alukan berkerjasama dengan YAPIS untuk memajukan projek amar makruf kelolaan YAPIS atau projek amar maaruf yang diinisiatifkan sendiri oleh anda dengan kerjasama YAPIS

4. Halaqah Sahabat Amal Jariah YAPIS (Halaqah Amal)

Anda mempunyai hasrat menjana idea dan menguruskan kempen amal jariah untuk mengisi Tabung Amal Jariah YAPIS? Tenaga dan fikiran anda adalah dialu-alukan. Silakan berdaftar sebagai Ahli Halaqah Amal YAPIS